Blogger Backgrounds

jam

FOLLOWERS

Pages

Monday 9 April 2012

GOSOKAN

Pengenalan tentang Gosokan.
  • Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
  • Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
  • Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak diatas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. 
  • Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. 
  • Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. 
  • Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. 
  • Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
Hasil gosokan di permukaan pelbagai media menghasikan
kerja seni yang sangat menarik
Oleh : Nur Yusmira bt Jusof ( Bestari)
  
Antara media yang digunakan ialah duit syiling, sikat,
corak tikar, corak pinggan & permukaan cermin
Oleh : Mohd Arafi b Che Hayusof (Elit)
Teknik gosokan yang menggunakan pelbagai media
Oleh : Mohd Hamdan b Che Mat (Elit)

No comments:

Post a Comment