Blogger Backgrounds

jam

FOLLOWERS

Pages

Sunday 15 April 2012

MONTAJ

Definisi Montaj.

  •          Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
  •          Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema
  •         Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
  •            Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
  •            imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
  •            hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej
  •             komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj
  •         Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. 
  •         Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
  •         Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. 
Alat dan media.
  •           Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni.
  •         Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
  • Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:
    Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda
    Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
    Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
    Contoh karya. 
    Teknik dalam menggambar :Montaj
    Tajuk : perempuan
    Alat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan
    Teknik dalam menggambar : Montaj
    Tajuk : bercerita tentang kucing
    Alat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan,kertas warna.

    Teknik dalam menggambar : Montaj
    Tajuk                   : minyak wangi
    Alat dan bahan : gunting, gam,gambar minyak wangi dari 
                                  majalah,surat khabar,kertas lukisan


     


     

No comments:

Post a Comment