Blogger Backgrounds

jam

FOLLOWERS

Pages

Monday, 16 April 2012

ASSEMBLAJ

žBahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.
 
 

ARCA STABAIL

žBahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
 
 

ARCA MOBAIL

žBahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.
 
 

ARCA TIMBUL

žBentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.
 
 

POSTER

Definisi poster.
Merupakan satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
Merupakan sejenis reka bentuk grafik yang melibatkan tipografik, ilustrasi, gambar, reka letak dan gubahan warna untuk menyampaikan mesej atau maklumat secara mudah dan spontan.
Ditempatkan di kawasan khas untuk dilihat oleh orang ramai yang sedang bergerak.
 
Ciri-ciri poster yang berkesan
Mempunyai daya penarik dinamik
Warnanya berkesan
Muka taip poster keterbacaan
Mesej jelas dan bernilai murni
Gubahan asli dan unik
Ilustrasi sesuai dengan tema
 
Contoh-contoh poster
 
Teknik dalam menggambar : poster
Tajuk : Hidup ceria tanpa dadah
Alat dan bahan : kertas lukisan, pensel warna

Teknik dalam menggambar : poster
Tajuk : Generasi sihat negara makmur
Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon

Teknik dalam menggambar : poster
Tajuk : Generasi sihat negara makmur
Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon

Teknik dalam menggambar : poster
Tajuk : Malaysia perangi dadah
Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon

Teknik dalam menggambar : poster
Tajuk : Hidup ceria tanpa dadah
Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon

Teknik dalam menggambar : poster
Tajuk : GenerMalaysia aman makmur
Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon
 
 
 

CAPAN

Definisi capan.  

Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada.Teknik capan juga boleh       digolongkan di bawah kategori cetakan.  

Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/cat poster) dan dicap ke atas sesuatu permukaan.




Berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan.
Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang).
Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagaibagai kesan jalinan pada hasil capan
 
Alat dan Bahan :
- gam, gunting,kertas lukisan,kertas warna, warna pensil, krayon,marker,warna air
 
Contoh karya capan
 




 
 
 

Sunday, 15 April 2012

MONTAJ

Definisi Montaj.

  •          Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
  •          Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema
  •         Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
  •            Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
  •            imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
  •            hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej
  •             komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj
  •         Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. 
  •         Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
  •         Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni. 
Alat dan media.
  •           Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni.
  •         Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
  • Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:
    Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda
    Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
    Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
    Contoh karya. 
    Teknik dalam menggambar :Montaj
    Tajuk : perempuan
    Alat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan
    Teknik dalam menggambar : Montaj
    Tajuk : bercerita tentang kucing
    Alat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan,kertas warna.

    Teknik dalam menggambar : Montaj
    Tajuk                   : minyak wangi
    Alat dan bahan : gunting, gam,gambar minyak wangi dari 
                                  majalah,surat khabar,kertas lukisan