Definisi Montaj.
- Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
- Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
- Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
- Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
- imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
- hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
- komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
- Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
- Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
- Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni.
- Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni.
- Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
- Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:–Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda–Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi–Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
Contoh karya.
Teknik dalam menggambar :MontajTajuk : perempuanAlat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisanTeknik dalam menggambar : MontajTajuk : bercerita tentang kucingAlat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan,kertas warna.
Teknik dalam menggambar : MontajTajuk : minyak wangiAlat dan bahan : gunting, gam,gambar minyak wangi darimajalah,surat khabar,kertas lukisan
No comments:
Post a Comment