- Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
- Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
- Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak diatas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan.
- Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.
- Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik.
- Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya.
- Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
| Hasil gosokan di permukaan pelbagai media menghasikan kerja seni yang sangat menarik Oleh : Nur Yusmira bt Jusof ( Bestari) |
| Antara media yang digunakan ialah duit syiling, sikat, corak tikar, corak pinggan & permukaan cermin Oleh : Mohd Arafi b Che Hayusof (Elit) |
| Teknik gosokan yang menggunakan pelbagai media Oleh : Mohd Hamdan b Che Mat (Elit) |

No comments:
Post a Comment