Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.
Monday, 16 April 2012
ARCA STABAIL
Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
ARCA MOBAIL
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.
ARCA TIMBUL
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.
POSTER
Definisi poster.
•Merupakan satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
•Merupakan sejenis reka bentuk grafik yang melibatkan tipografik, ilustrasi, gambar, reka letak dan gubahan warna untuk menyampaikan mesej atau maklumat secara mudah dan spontan.
•Ditempatkan di kawasan khas untuk dilihat oleh orang ramai yang sedang bergerak.
Ciri-ciri poster yang berkesan
•Mempunyai daya penarik dinamik
•Warnanya berkesan
•Muka taip poster keterbacaan
•Mesej jelas dan bernilai murni
•Gubahan asli dan unik
•Ilustrasi sesuai dengan tema
Contoh-contoh poster
Teknik dalam menggambar : poster Tajuk : Hidup ceria tanpa dadah Alat dan bahan : kertas lukisan, pensel warna |
Teknik dalam menggambar : poster Tajuk : Generasi sihat negara makmur Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon |
Teknik dalam menggambar : poster Tajuk : Generasi sihat negara makmur Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon |
Teknik dalam menggambar : poster Tajuk : Malaysia perangi dadah Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon |
Teknik dalam menggambar : poster Tajuk : Hidup ceria tanpa dadah Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon |
Teknik dalam menggambar : poster Tajuk : GenerMalaysia aman makmur Alat dan bahan : kertas lukisan, krayon |
CAPAN
Definisi capan.
•Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada.Teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan.
•Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/cat poster) dan dicap ke atas sesuatu permukaan.
•Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada.Teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan.
•Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/cat poster) dan dicap ke atas sesuatu permukaan.
•Berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan.
•Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang).
• Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagai – bagai kesan jalinan pada hasil capan.
Sunday, 15 April 2012
MONTAJ
Definisi Montaj.
- Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
- Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
- Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
- Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
- imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
- hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
- komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
- Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
- Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
- Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni.
- Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni.
- Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
- Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:–Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda–Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi–Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
Contoh karya.
Teknik dalam menggambar :MontajTajuk : perempuanAlat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisanTeknik dalam menggambar : MontajTajuk : bercerita tentang kucingAlat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan,kertas warna.
Teknik dalam menggambar : MontajTajuk : minyak wangiAlat dan bahan : gunting, gam,gambar minyak wangi darimajalah,surat khabar,kertas lukisan
Subscribe to:
Posts (Atom)