Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1 Lukisan
2 Catan
3 Kolaj
4 Montaj
5 Cetakan
6 Resis
7 Gosokan
8 Stensilan
9 Percikan
10 Gurisan
11 Capan
12 Mozek
13 Poster
3 Kolaj
4 Montaj
5 Cetakan
6 Resis
7 Gosokan
8 Stensilan
9 Percikan
10 Gurisan
11 Capan
12 Mozek
13 Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
No comments:
Post a Comment